Kata-kata Aluan

"...Kita lahir dengan dua mata di hadapan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi, pandanglah semua itu ke depan,pandanglah masa depan kita..."

Thursday, December 30, 2010

Azam baru??

Assalamalaikum buat semua..

Setelah sekian lama menyepi dari memeriahkan blog aku ni, kali ini aku kembali dengan semangat baru dalam melakukan transformasi dalam aktiviti penulisan blog ini. Diharap anda semua dapat bersam-sama aku ye

Wednesday, November 17, 2010

Pandangan fizik dalam solat berjemaah

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK ..

Oleh Hartini Jalani,2003-06-04 10:38:10

Itulah, lain kali jangan malas sembahyang . . ..

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beribadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda
professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Wallahualam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Thursday, September 2, 2010

Memperbaiki hubungan Indonesia-Malaysia




Lihatlah kelakuan jiran kita ini. Andai kita tidak bijak menangani permasalahan ini, buruk padahnya. Namun, masalah ini haruslah ditangani dengan bijak dan berperikemanusiaan. Malah, ini dapat membezakan antara kita dan masyarakat Indonesia. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang amat mementingkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan. Tapi, sebaliknya bagi SESETENGAH masyarakat Indonesia.

Monday, August 30, 2010

Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia rakan-rakan...


Kita amat bertuah kerana dapat hidup aman damai dan harmoni di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kerana kedamaian inilah kita dapat melakukan pelbagai aktiviti harian yang kita inginkan tanpa kita takut akan bahaya yang disebabkan kekacauan yang bakal menimpa kita seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti di Indonesia, Iraq, selatan Thai & Filipina dan sebagainya.


Namun, bukan itu yang ingin saya sampaikan pada 'post' saya kali ini. Topik yang ingin saya sampaikan ini sesuatu yang agak sinonim dalam kehidupan kita bagi masyarakat Malaysia
 iaitu sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal kita sambuti dalam masa beberapa jam (berdasarkan masa saya menaip post ini) sahaja lagi.


Menurut rakan kita dari blog 1johor.blogspot.com, inilah kata dia:



"...SEWAJARNYA sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini, kita raikan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana 31 Ogos 2009 jatuh pada bulan Ramadan yang mulia.
Saban tahun, tarikh keramat ini datang dan pergi sebagai memenuhi takwim - tanpa kita sedar berapa ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mengerti nilai kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.
Tahun ini misalnya, bilangan kenderaan dan bangunan yang mengibarkan Jalur Gemilang boleh dikatakan berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Memang betul persoalan yang mengatakan adakah dengan hanya mengibar Jalur Gemilang sahaja kita dianggap patriotik. Malah banyak lagi cara dan kaedah untuk kita menterjemahkan rasa sayang kita pada negara ini.
Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti kemerdekaan ini dan sedar akan kepentingan untuk mempertahankannya.
Tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 dalam suasana ekonomi, politik dan sosial yang agak bercelaru dan merisaukan, baik di peringkat global mahupun di peringkat nasional.
Masalah kegawatan ekonomi terus menghantui dunia termasuk negara kita, bilangan pekerjaan yang masih terhad, masalah kenaikan harga barang serta kekurangan bekalan terus menjadi satu persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kita semua.
Kekalutan pentas politik negara juga semakin hari semakin merisaukan semua pihak. Bilangan pilihan raya kecil yang semakin bertambah, ahli politik yang begitu mudah dan gemar untuk keluar parti dan isytihar bebas serta isu syurga dan neraka semakin menghimpit dan menghantui masyarakat Malaysia.
Ini ditambah lagi dengan isu kontrak sosial dan perpaduan kaum yang makin hangat diperdebatkan sana sini.
Dari segi sosial pula, isu kadar jenayah yang semakin meningkat, masalah sosial remaja yang makin menjadi-jadi dan pengakuan terbuka wanita Islam minum arak dan rela disebat di khalayak ramai, seolah-olah terus menghiris nilai-nilai ketimuran masyarakat kita.
Apakah contoh-contoh di atas (sekadar beberapa contoh) mencerminkan budaya masyarakat kita yang boleh dianggap sudah benar-benar memahami erti kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.
Secara ikhlas saya katakan, bilangan rakyat Malaysia yang memahami erti dan nilai kemerdekaan semakin berkurangan.
Dalam satu wawancara khas Mingguan Malaysia tempoh hari, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kerisauan beliau tentang perasaan cintakan negara yang semakin menurun terutama di kalangan generasi muda sekarang. Saya percaya ramai di kalangan masyarakat kita sependapat dengan Tun.
Apakah tindakan mempersoalkan hak istimewa orang Melayu, ikatan kontrak sosial yang telah terbentuk sekian lama, berdemonstrasi secara haram, membangkitkan isu syurga dan neraka serta budaya keluar parti dan lompat parti boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai erti kemerdekaan kita yang ke-52?
Tema tahun ini cukup sinonim dengan hasrat Perdana Menteri iaitu ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’ namun sejauh mana kita menghayati tema dan erti kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.
Tema yang hebat ini seharusnya dihayati, disemai dan dipupuk bersama-sama dengan rasa sayang kepada negara ini dalam sanubari setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Atau apakah perlu kita memperkenalkan satu lagi slogan baru demi memupuk erti kemerdekaan dan rasa sayangkan negara di kalangan masyarakat misalnya Rakyat Bersatu Negara Diutamakan.
Sekali lagi pilihan di tangan kita, yang mana tidak mustahil kemerdekaan ini diragut suatu hari nanti jika kita tidak mengerti, menghayati dan mempertahankannya..."

Jadi, kita seharusnya menghayati dalam erri kata sebenar dengan apakah yang dimaksukan dengan sambutan Hari Kemerdakaan Malaysia itu sendiri...Dan janganlah kita dijajah kembali oleh orang asing melalui bentuk atau cara yang sama atau melalui cara yang lebih licik dan tidak langsung.

Renung-renungkan dan selamat beramal..